Saturday, March 3, 2007

Perubahan bukan fobia tapi satu keberanian


Tidak dinafikan bahawa `perubahan' adalah keperluan manusia dan kehidupan secara menyeluruh.Menentang perubahan samalah seperti menentang undang-undang alam di mana kita akan `kalah' jika berterusan bersikap negatif ke atas perubahan.


Tulisan ini tidak bertujuan membincangkan perubahan secara umum tetapi ia menjuruskan kepada konsep perubahan dalam disiplin organisasi yang melihat perubahan sebagai keperluan yang mendesak untuk memajukan sesebuah organisasi.


Analogi perubahan Perubahan dikaitkan dengan kemampuan organisasi untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru yang lebih mencabar.


Suasana baru ini adalah di iuar kemampuan kita untuk mengawalnya kerana ia berkait antara satu sama lain dengan perkembangan pemikiran, sikap, suasana politik dan sosial serta aspek-aspek perundangan.


Selain daripada dinosaur haiwan haiwan purba lain berjaya kekalkan kehidupan mereka dan keturunan mereka.Rahsia kejayaan haiwan purba lain ialah kemampuan mereka menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang mendadak dan tidak menentu dengan berlalunya masa.


Dinosaur pula gagal kerana ia tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang berlaku, akhirnya ia menjadi pupus dan hanya diketahui kewujudannya dengan penemuan fosil.


Walaupun satu ketika dinosaurlah yang paling digeruni dan menguasai semua haiwan yang lain tetapi kegagalannya untuk menyesuaikan diri dengan suasana menyebabkan ia pupus dan terus lenyap di atas muka bumi.Hari ini dinosaur adalah raksasa yang paling digeruni dapat ditatap di kaca muzium purba dan dalam filem lakonan sahaja seperti filem Jurassic Park tetapi ia hanyalah bahan sejarah purba dan khayalan pengarah filem.


Hakikatnya dinosaur sudah pupus!`Jerangkap minda' atau mind trap adalah gambaran manusia yang terbatas ufuk pemikirannya kerana takut untuk berfikir jauh dihantui oleh jerangkap-jerangkap yang dia sendiri pasangkan.


Antara jerangkap minda yang menyekat pemikiran perubahan ialah selesa dengan apa yang ada, takut kepada suasana organisasi yang baru, khuatir kedudukannya tergugat dan lebih penting ialah tidak berani menempuh cabaran perubahan, takut dilabel sebagai `penentang' apa yang telah sedia


ada.Inilah fobia yang menjadi penghalang utama berlakuya perubahan dalam sesebuah organisasi.Hakikatnya perubahan adalah satu disiplin organisasi yang boleh diurus dan


disusun.Syaratny-a dibentuk begitu rupa sehingga akhirnya perubahan itu menjadi satu pelantar untuk sesebuah organisasi melakukan satu loncatan besar ke depan (big leap forward) dan terns bersaing untuk muncul sebagai yang terbaik.Perubahan terancangPerubahan terancang adalah istilah yang digunakan untuk meminimakan kesan-kesan buruk perubahan ke atas keutuhan


organisasi.Sememangnya walaupun kesan buruk tak dapat dielakkan tetapi kita harus lebih gerun jika perubahan berlaku tanpa perancangan kerana organisasi menjadi kucar-kacir dan keutuhan akan tergugat.


Perlu kita mengambil kira dalam apa juga hal, sama ada terancang atau tidak perubahan akan tetap berlaku dan sebagai manusia yang bijak perubahan itu hendaklah dikuasai dan dikawal melalui kaedah perubahan terancang atau planned change. Perubahan ini boleh berlaku dari bawah ke atas (bottom up) ataupun sebaliknya (up bottom).


Munculnya keperluan perubahan itu digerakkan oleh inisiatif atau usaha yang juga terancang dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan dan apa yang hendak diubah.


Adalah penting juga kita memahami bahawa perubahan mestilah melihat organisasi dari luar dan dalam dan dari atas ke bawah.Dengan kata lain perubahan adalah objektif dan melihat organisasi sebagai rangkaian sistem yang rumit dan berhubungan antara satu komponen dengan komponen yang lain.


Adalah silap sama sekali untuk menganggap perubahan sebagai komponen yang terpisah dan tercerai dan menyempitkan tanggapan bahawa tujuan perubahan mensasarkan individu tertentu atau komponenkomponen tertentu!Peranan kepimpinanKaedah bottom up menjurus kepada desakan yang jika tidak diurus dengan baik akan menyebabkan suasana tegang dan mendesak.


Manakala yang terbaik ialah up bottom yang sebenarnya adalah inisiatif pimpinan tertinggi untuk melihat proses perubahan berlaku dengan tenang dan licin (transition).Kepimpinan jika memulakan inisiatif terancang ke arah perubahan organisasi akan dilihat sebagai pertanggungjawaban organisasi manakala jika dari bawah ke atas akan dilihat sebagai kehendak golongan tertentu saja dan meyakinkan kepimpinan pula adalah satu cabaran besar.


Kehendak perubahan sebenarnya adalah keazaman tinggi pemimpin untuk merintis jalan kepada kemajuan organisasi bagi generasi akan datang.Soalan pentingPAS adalah organisasi yang dinamik, sejak ia ditubuhkan hinggalah hari ini: Catatan akademik dan popular menunjukkan ia senantiasa responsif kepada perubahan semasa dan berdaya maju.Adalah menjadi harapan semua ahli dan pemerhati di persimpangan ini janganlah hendaknya dinamika ini diabaikan hanya semata-mata kita menganggap Graf Kedua (kepimpinan ulama) adalah graf mutlak! Graf ketiga diperlukan untuk kita terns memperkasakan maksud dan kehendak kepimpinan ulama itu sendiri sehingga setelah 21 tahun graf kedua berlalu sepatutnya nama sudah tidak penting lagi tetapi keberkesanan kepimpinan itulah yang menjadi penting di saat ini!Soalannya ialah apakah perubahan dalam PAS akan berlaku secara bottom up ataukah sebaliknya? Terserahlah kepada kepimpinan tertingginya untuk menentukan apa yang terbaik untuk organisasi PAS, yang pasti setelah membaca tulisan ini fahamlah kita bahawa perubahan bukan fobia tetapi satu keberanian!





Penulis adalah anak Presiden Pertama PAS di bawah Kepimpinan Ulama, Tuan Guru Haji Yusof Rawa.Beliau adalah Ahli Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Melaka.


Mujahid lahir di Pulau Pinang, mendapat Ijazah Pertama dari Al-Azhar Universiti; Mesir di dalam bidang pengajian bahasa dan sastera, Ijazah Master in Science dari Universiti Pertanian, Serdang, dan kiri menamatkan Ph.D di Akademi Islam bidang kepimpinan di Universiti Malaya.


Beliau menguasai bahasa Arab dan Inggeris, selarin bahasa ibunda. Tulisan ini adalah sebahagian dari kajian tesis Ph.D beliau.

No comments: