Saturday, March 3, 2007

Kepimpinan Ulama' Revisited


Kepimpinan ulama diperkenalkan pada tahun 1983 sebagai satu inisiatif `young Turks' (golongan muda) untuk membebaskan organisasi PAS dari belenggu penyalahgunaan kuasa Jawatankuasa Agung yang dilihat menggunakan kedudukan pemimpin tertentu untuk kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu.

Suasana lahirnya kepimpinan UlamaKenyataan di atas berlatarbelakangkan krisis kepimpinan yang baru selesai di mana pokok pangkal yang mencetuskan krisis ini ialah pemusatan kuasa yang tinggi pada orang tertentu dalam kepimpinan tertinggi parti masa itu.


Organisasi PAS telah mengalami satu perubahan struktural ekoran dari krisis yang berlaku sejak awal 80an lagi. Suasana krisis telah membuka peluang kepada terbentuknya satu graf baru yang dinamakan sebagai Kkepimpinan ulama.


Arus bawah yang mendasari kelahiran ini ialah;1.Suasana krisis kepimpinan yang begolaksejak penghujung 70an dan awal 80an2.Suasana semangat revivalisme Islam diseluruh dunia yang mula mengasak pada awal 70an dan kemudian menjadi arus yang mencabar sistem pada penghujung 70an dengan berlakunya Revolusi Islam Iran.3.Suasana desakan pengisian program Islam yang menjurus kepada melaksanakan Islam as a way of life' (Islamic program oriented)Dari suasana latar inilah munculnya kepimpinan ulama untuk meluncuri gelombang suasana baru ini.


Sesungguhnya penciptaan geraf kepimpinan ulamak adalah satu inisiatif organisasi yang cukup genius dan ia telah mewarnai kebangkitan PAS pada tahun-tahun berikutnya hinggalah ke hari


ini.Generasi ketiga perjuangan PAS mesti mempelajari dan mengambil iktibar dari usaha pemimpin pemimpin muda 22 tahun yang lampau memikirkan tentang surviva1 perjuangan Islam.Mereka cukup memahami akan keperluan organisasi Islam cupaya bersikap dinamik kepada perubahan dan tuntutan semasa yang mempengaruhi perjalanan parti.


Pengaruh dalaman dan luaran dalam bentuk tekanan tidak boleh kita abaikan untuk kita menjayakan masa depan parti yang berada di tangan kita generasi ketiga parti hari ini.Setelah kepimpinan ulama yang dicipta oleh generasi kedua parti kita beroperasi, kita dapat melihat perubahan perubahan parti yang mencerminkan falsafah di sebaIik tuntutan kepimpinan ulamak:1.Struktural iaitu berlaku satu perubahan besar dalam struktur kuasa yang telah diamalkan sejak sekian lama dalam organisasi PAS apabila Majlis Syura Ulama dilembagakan dalam batang tubuh perlembagaan parti.


MSU telah menjadi satu kuasa yang tertinggi dalam konteks outoriti organisasi dalam menentukan perkara perkara dasar parti. Satu jawatan telah diperkenalkan iaitu Mursyidul Am yang memegang tampok tertinggi dalam hiraki kepimpinan parti.


Begitu juga diperkenalkan secara berperlembagaan ciri-ciri ahli majlis syura itu sendiri dan diperincikan bagaimana majlis syura itu terbentuk.2.Program yang menjurus kepada pemantapan syaksiah Islamiah bersumberkan metod pentarbiyahan yang diguna pakai oleh seluruh gerakan Islam sedunia.


Sistem usrah, tamrin, Mukhayyam dan lain-lain menjadi asas program dalaman parti.3.Pendekatan dalam masyarakat yang berorientasikan usaha-usaha ceramah, majlis ilmu, kebajikan dan berkhidmat dalam masyarakat dimantapkan dengan message lslam as a way of life.4.Pendekatan kerja yang lebih sistematik dan perancangan kerja yang berperancangan bagi menggerakkan jentera-jentera parti dengan perubahan perubahan nama lajnah-lajnah, peranan dan fokus.Tiada lagi dichotomy (pecahan) ulama dan profesional (istilah ini berleluasa dalam PAS!).


Yang ada ialah kepimpinan dan ahli yang dinamik, inovatif dan proaktif dalam menguruskan partiDemikianlah selama 22 tahun kepimpinan ulama memandu perjalanan parti dengan semangat dan azam yang tinggi untuk membawa Islam dalam pesada politik tanah air kita.


Namun demikian selama 22 tahun ini pelbagai permasalahan organisasi tidak dapat dielakkan, apatah lagi suasana luar organisasi dan dalaman yang berubah-ubah sehingga ke semua ini menuntut kita generasi ketiga untuk memikirkan perlukah graf baru dicipta demi meneruskan survival perjalanan parti ini?RasionalBeberapa lontaran awal mugkin dapat memberi perspektif untuk generasi ketiga mula cuba-cuba melakarkankan satu graf baru,1.Institusi kuasa tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama harus keluar dari daerah menanti masalah yang timbul (reaetive) kepada melontarkan pada parti perkara dasar yang mungkin timbul (pro active) dengan membaca suasana politik luar dan dalam negeri. Sebab itu majlis syura perlu diinstitusikan secara intelektual dan secara kerangka organisasinya.


Lebih penting dari itu Majlis Syura mesti menyelaras dengan semua jentera khususnya penyelidikan dan sumber manusia parti untuk merumuskan soal-soal dasar parti yang innovatif.2.Institusi kuasa eksekutif (Jawatankuasa Pusat) mesti menumpukan tugasnya untuk menggerakkan Lujnah Lujnah secara terancang.


Tumpuan kepada bidang tugas masing masing akan melahirkan gerakan di peringkat negeri dan kawasan. Masalah kita ialah lujnah banyak tetapi kerja tidak ada, panduannya pun


tiada.Lajnah-lainah itu perlu disusun semula secara barfokus.3.Struktur Pentadbiran Organisasi perlu disusun semula untuk memenuhi tuntutan dalaman yang mendesak.


Pejabat Setiausaha, Pejabat Penerangan adalah dua pentadbiran yang merupakan nadi


organisasi.Pejabat ini perlu keluar dari amalan routine kepada amalan pengurusan yang dinamik dan innovatif bagi menghidupkan keluhan pentadbiran dan kelesuan ahli.4.Satu lagi yang belum ada dalam PAS ialah Pejabat Sumber Manusia yang tugasnya ialah menginstitusikan proses pengkaderan , latihan dan kepimpinan. Lujnah Tarbiyah yang ada hari ini diserapkan dalam struktur Pejabat Sumber Manusia dan bukan lagi di bawah ulama.


Pejabat Sumber Manusia memberi gambaran yang lebih dinamik dan berperancangan dalam menyuntik peningkatan ahli secara terancang dan menerima ahli-ahli baru mengikut standard sukatan parti.Graf baru milik siapa?Sememangnya untuk mengemaskinikan sistem yang telah berjalan selama 22 tahun bukan mudah. Setiap satu rasional di atas perlu perincian dan penyesuaian. Inilah bibit bibit graf baru yang akan tercipta.


Generasi ketiga adalah generasi baru PAS yang meresap dalam dirinya ciri ciri standard ahli dan kepimpinan PAS.Tiada lagi dichotomy (pecahan) ulama dan profesional (istilah ini berleluasa dalam PAS!). Yang ada ialah kepimpinan dan ahIi yang dinamik, innovatif dan proaktif dalam menguruskan partinya.


Ciri pokok dengan semua makna adab dan akhlak Islam sudah menjadi satu dan sebati dalam generasi ketiga (it goes without saying).Adapun istilah `ulamak' ia hanyalah nama untuk menjelaskan sesuatu kategori mengenai disiplin ilmu seseorang. Istilah `professional' pula adalah sifat seseorang yang mengamalkan bidangnya dengan sepenuh masa dan cemerlang (bertentangan dengan amateur).


Generasi ketiga tidak mahu lagi berdebat tentang retorika dan kewajaran istilah kepimpinan ulamak ini, yang penting ialah ahli dan pemimpin mesti bersikap professional (sepenuh masa dan cemerlang) dengan organisasinya kerana ciri itulah yang akan mendasari pemilik kepada graf baru yangsedang tercipta!

No comments: