Friday, April 16, 2004

Sisters In Islam dicengkam pemikiran sekularisme

Persoalan yang dibangkitkan oleh Sisters In Islam (SIS) mengenai Moral Police (penjaga moral) dan ketidakwajarannya adalah ekoran daripada tindakan JAWI menyerbu sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur yang mengakibatkan tahanan beberapa pengunjung termasuklah seorang artis terkenal.




Tindakan JAWI tersebut yang merupakan prosedur biasa penguatkuasaan yang sah dari sudut undang-undang tiba-tiba mengundang kontraversi dan sensitiviti umat Islam (sila rujuk artikel Hanipa Mydin dalam Harakah).


Khulasahnya pihak SIS telah menyeru untuk penghapusan penguatkuasaan atas nama agama (Islam) kerana dianggap sebagai melahirkan suasana cemas dan takut serta timbul hipokrasi dalam memilih apa yang sesorang itu hendaklakukan.


Sebenarnya keprihatinan SIS dalam isu ini bukanlah semata-mata sebagai reaksi kepada beberapa insiden yang berlaku sebelum ini, bahkan pemikiran menentang kewujudan moral police adalah antara gagasan pemikiran SIS sejak ia ditubuhkan lagi.


Polis moralApa yang SIS timbulkan berkait rapat tentang kontroversi pemikiran morality (akhlaq) yang menganggap undang-undang moral mesti dikuatkuasakan.


Pelaksana penguatkuasaan inilah yang disebut sebagai moral police demi menjaga standard akhlak yang ditetapkan.


Pada satu ekstrem yang lain pejuang kebebasan individu menganggap bahawa akhlak tidak boleh dikuatkuasakan mengikut standard tertentu.


Mereka mengamalkan fahaman utilitarian dalam menentukan `batasan' akhlak yang diizinkan.


Fahaman utilitarian ini menganggap bahawa keseronokan maksima (maximum pleasure) itu adalah kayu pengukur moraliti.


Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum maka seseorang bebas untuk melakukan apa yang dikehendaki.


Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu boleh berseronok kerana konon adalah hak individu.


Pemikiran Sisters In IslamDari sudut fahaman anti polis moral, ia berakar umbi dari kebencian masyarakat terhadap institusi gereja di Eropah semasa zaman pertengahan yang menguatkuasakan standard moraliti menurut elemen Kristianiti.


Insitusi gereja memiliki kuasa yang besar dalam menentukan tatacara akhlak dan menguatkuasakannya melalui polis moral demi memelihara standard akhlak yang patut dipatuhi.


Apabila Eropah melalui zaman pencerahan (enlightment), kebencian kepada amalan penguatkuasaan akhlak ini diterjemahkan dengan penghapusan moral polis dan fahaman yang menyeru kepada kebebasan mutlak dari cengkaman agama.


Fahaman liberalis