Saturday, March 3, 2007

Kunci membebaskan pukauan sihir media

Mungkin keterlaluan untuk menyatakan bahawa rakyat telah 'disihir' oleh Umno/BN.


Namun tiada perkataan yang lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan manupulasi media dalam negara kita yang sekonyong-konyongnya menjadikan rakyat bahan indoktrinasi politik untuk menyuntik dos-dos tambahan kepada Umno/BN supaya terus hidup di hati sanubari rakyat.


Deskripsi di atas saling tidak tumpah taktik Firaun menggunakan ahli sihir untuk menipu mata rakyatnya yang mahu dipercayakan bahawa Firaun kuat, gagah dan perkasa.


Ahli sihir dijadikan perkakas penting penguasa diktator waktu itu untuk menutup kezaliman, kerakusan dan penindasan Firaun ke atas rakyat dan tanah jajahannya.


FiraunApa yang penting bagi Firaun ialah supaya ia terus berkuasa walaupun negara Mesir berada dalam keadaan pemerintahan yang lemah, korup dan keruntuhan akhlak pemimpinnya. Pada masa yang kritikal itu ahli sihir adalah alatnya yang terbaik di samping kekuatan tentera.


Balik kepada zaman kita hari ini, kekuatan media bolehlah dianggap perkakas Umno/BN untuk menggabui mata rakyat mengenai terbilang dan cemerlangnya pemerintahan BN/Umno.


Sihimya di sini ialah, memukau rakyat dengan mainan minda dan hati budi supaya rakyat jadi percaya kepada kewibawaan dan kehebatan Umno/BN lalu tersingkir dalam kepercayaan politik rakyat segala sifat negatif yang telah berakar umbi dalam jatidiri Umno/BN. Keadaan ini dilakukan dalam satu perancangan media yang licik, manupulatif dan destruktif.


Sihir ini tidak sempurna tanpa melontarkan semua sifat negatif dan pelabelan destruktif kepada pembangkang dan para penyokongnya sehingga terpukaulah rakyat dan berupaya jadi percaya bahawasanya parti Alternatif dan pendokongnya adalah anti-establishment, tidak patriotik dan tiada kewibawaan politik untuk memimpin negara!Media perdana di negara kita adalah ahli 'sihir' yang memukau mata rakyat demi keagungan politik Firaun moden yang mewarisi sifat diktatorial, anarkisma dan kejumudan untuk menyembunyikan rasuah, kemelut moral dan kecurangan politik penguasa.


Terlanjur bercakap tentang ahli sihir moden dalam konteks politik pemerintah hari ini, ahli sihir zaman Firaun sentiasa mendekati diri mereka dengan Firaun untuk mendapat segala habuan dunia jika mereka berjaya memenuhi kehendak politik sang diktator.


Mereka adalah para balachi media yang mempertahankan kerakusan pemerintah untuk habuan diri mereka walaupun mereka tahu kecurangan pemerintah dan kejelikan pemimpin-pemimpin.


Walaupun pada mata kasar rakyat ahli sihir zaman Firaun menduduki status sosial yang tinggi tetapi mereka juga mengetahui bahawa ahli sihir ini tiada harga diri, hipokrit dan alat kepada penguasa.


Lebih teruk lagi keilmuan sihir yang hebat dimiliki oleh mereka hanya dijadikan sebagai alat untuk mengisi perut mereka tanpa mengisinya dengan nilai mulia kemanusiaan iaitu menentang kezaliman dan penipuan! Tidak perlulah di sini saya mengatakan lebih lanjut tentang pengamal media arus perdana yang menggadaikan keilmuannya untuk kepentingan golongan tertentu!


Khusus menjelang Perhimpunan Agung Umno, media bagaikan nak gila 'membrainwashkan' pembaca mengenai betapa hebatnya kerajaan hari ini dan Umno memerangi rasuah dan mendedahkan segala kerahsiaan AP dan penyelewengan tender dan kontrak serta betapa seriusnya Umno menjerat pengamal politik wang dalam parti Melayu terbesar itu sendiri.


Saat 'kesihiran' itu yang terpampang di muka depan di dada akhbar seolah-olah memukau mata rakyat bahawa Umnolah yang jaguh memerangi kefasadan, walhal Umno jugalah jaguh perasuah! Bukankah ini 'sihir media' namanya? Rakyat seolah olah dikelabui mata mereka walaupun mereka tahu Umno selama ini sinonim dengan semua amalan di atas, namun 'kesihiran' media memaksa rakyat jadi percaya bahawa Umno bersih dan kuat menentang rasuah.


Lazimnya isu 'panas' seperti ini muncul saat perhimpunan agung Umno, taktik sihir media ini pun tidak disedari oleh rakyat! Walhal jika kita memerhatikan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh pemimpin BA mengenai penyelewengan Umno dan kerajaan BN.


Usaha ini dianggap sebagai fitnah malahan mereka sanggup menggunakan OSA untuk menutup pekung di dada mereka, namun'fitnah' itu bila dibongkarkan oleh Umno dan pemimpinnya sendiri, ia dianggap usaha membanteras penyelewengan yang murni! Sekali lagi rakyat 'disihirkan.


'Bentuk strategi media mereka ialah 'gunakan isu bila menguntungkan kita, tutupkan isu bila merugikan kita', akhirnya nilai kebenaran hanya ditentukan oleh kepentingan politik dan bukan pada batang tubuh kebenaran itu sendiri.


Tongkat saktiAhli sihir hanya dapat dikalahkan dengan tongkat sakti Nabi Musa a.s.


apabila penipuan sihir dibongkar, cara pembongkarannya ialah tongkat sakti Musa membuktikan dengan logika kebenaran dan dilihatkan kepada manusia satu bentuk kebenaran yang tiada


penipuan.Ahli sihir yang kerjanya menipu manusia tergamam memerhatikan tongkat Musa bukan bersihir dengan mereka bahkan apa yang dilihat adalah satu kebenaran, hanya logik kebenaran dapat mengalahkan penipuan dan pembohongan!Manusia yang paling kecewa dalam kekalahan ahli sihir ialah Firaun, kerana kekalahan ini bermakna terbongkar wajah sebenar Firaun yang lemah dan tidak bermaya dalam menangani krisis pemerintahannya.


Di manakah tongkat Musa hari ini? Jawabannya berada pada pengamal media hari ini yang berjiwa Musa bertongkatkan kebenaran dan keikhlasan.


Kunci menyembuh sihir media yang memangsakan rakyat ialah dengan reformasi media yang bebas dan berkecuali, jauh daripada menjadi alat dan perkakas golongan berkepentingan di mana nilai kebenaran tidak ditentukan oleh masa dan ketika mahupun siapa dan di mana, kebenaran dengan nilai zat kebenaran!Musa bukan hanya mengalahkan ahli sihir tetapi Musa memecahkan kunci 'kesihiran' yang selama ini memperdayakan rakyat untuk survival Firaun dan berjaya membebaskan rakyat Mesir dari ditipu dan terus ditipu.


Rakyat Malaysia dikunci oleh 'pensihir-pensihir' media berpuluh-puluh tahun dengan strategi indoktrinasi yang menyempitkan pemikiran rakyat, takut bersuara dan tiada keberanian untuk mengatakan tidak kepada parti perasuah dan parti pengkhianat bangsa.


Namun klimaks kemenangan Musa ialah ahli sihir tunduk dan rela menjadi pengikut Musa dan menentang penipuan yang mereka adalah alat dan perkakasnya selama ini.


Lebih tragis ialah ahli sihir menebus 'dosa' mereka selama ini apabila bersedia dibunuh oleh Firaun atas tuduhan tanpa bicara bahawa ada konspirasi besar tuttuk menjatuhkan kerajaan


Firaun.Adakah ahli sihir media hari ini insaf bahawa di tangan mereka sesuatu kebangkitan itu berkemungkinan berlaku? Adakah ahli sihir media hari ini rela menebus 'segala dosa' mereka dengan bangkit mereformasikan dasar media negara? berbeza dengan Musa yang terpaksa membebaskan sihir yang memukau, hari ini keazaman untuk mengalahkan sihir media berada dalam genggaman pengamal media sendiri!

No comments: